
rosliadubin75
5 tahun
Kahak terlalu banyak
bapa saya berumur 64 tahun dan sudah bertahun mengidap masalah tulang leher dan saraf. sepatutnya diberi pembedahan tetapi risiko terlalu tinggi, jadi bapa saya menolak untuk menjalani pembedahan. sekarang bapa saya sedang di rawat di hospital atas penyakit jangkitan paru paru. rawatan telah habis tetapi masalanya bapa saya sering sesak nafas yg kronik disebabkan kahak banyak berkumpul di dalam. ini kerana bapa saya tidak berupaya untuk batuk bagi mengeluarkan sendiri kahak itu disebabkan otot dan saraf yg menyokong kekuatannya untuk batuk mengeluarkan kahak tersebut sudah lemah. apa cadangan doktor bagi masalah ini. adakah cara atau ubat yang boleh mengeringkan sendir kahak tesebut dari dalam tanpa dikeluarkan oleh pesakit.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Masalah kahak yang banyak biasanya boleh disebabkan oleh:
- jangkitan paru-paru
- alergi
- acid reflux
- bronchiectasis
- bronchitis
- chronic obstructive pulmonary disease (COPD)
Antara langkah awal yang boleh dilakukan bagi mengurangkan atau mencairkan kahak adalah banyakkan minum air, banyakkan bersenam, berhenti merokok (jika merokok), dapatkan vaccine influenza dan pneumococcal untuk usia emas (sebaik sembuh), tinggikan kepala saat berbaring. Ubat-ubatan yang boleh diberikan terdiri atas ubat cair kahak (expectorant), ubat untuk keluarkan kahak (dekongestan) dan ubat sapuan seperti VapoRub untuk melegakan. Sekiranya kondisi masih tidak membaik, sebaiknya dibawa ke doktor untuk dilakukan prosedur yang dapat menyedut kahak seperti bronchoscopy.
Sekiranya kerana alergi, masalah ini boleh diatasi dengan menghindari bahan pencetus alergi. Bagi mengatasi masalah kahak, puncanya haruslah diketahui sebelum rawatan yang sesuai boleh diberikan supaya masalah tidak terjadi berulang kali. Oleh itu anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut bagi mengetahui punca, dan seterusnya mendapatkan rawatan yang sesuai. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.