
Sulit
5 tahun
Kahak tersekat tekak. Susah bernafas
Saya wanita berumur 32 tahun. Rasa ada kahak tersekat tekak. Susah bernafas. Saya tak ada batuk, tak ada deman. Nak Tanya macam mana boleh hilangkan kahak dekat tekak

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk merawat masalah kahak, terdapat pelbagai cara. Antaranya:
Udara lembap- menggunakan “humidifier” atau pelembap udara
Kekalkan tahap hidrasi- Minum air secukupnya, terutamanya air suam. Anda juga boleh mencuba minum jus atau makan sup ayam. Pilihan air yang baik termasuklah teh tanpa kafein dan jus buah suam atau air lemon.
Ambil bahan yang membantu memulihkan sistem pernafasan- mengandungi limau, halia, dan bawang putih.
Berkumur dengan air garam- mencairkan kahak yang melekat pada belakang tekak. Ia juga boleh membunuh kuman dan melegakan sakit tekak
Ubatan yang efektif:
Dekongestan- Mengurangkan lendir yang mengalir dari hidung anda. Lendir ini bukannya kahak, tetapi ia boleh menyebabkan kesesakan dada. Dekongestan berfungsi dengan mengurangkan bengkak pada hidung dan membuka saluran udara anda.
Expectorant - seperti guaifenesin yang mencairkan kahak dan jenis ubat ini dipanggil ‘expectorant’, yang bermaksud ia membantu untuk mengeluarkan kahak dengan menipiskan dan melonggarkannya. Terdapat versi kanak-kanak untuk yang berusia 4 tahun ke atas.
Ubat sapuan- seperti Vicks VapoRub, mengandungi minyak kayu putih untuk mengurangkan batuk dan berpotensi menghilangkan mukus. Anda boleh menggosoknya pada dada dan leher tiga kali sehari
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui rawatan yang tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.