sukma210197
5 tahun
Kahak yang membimbangkan
Hi doctor…
Saya wanita dalam usia 20an.
Saya mengalami masalah kahak yang sangat banyak. Saya bukan seorang perokok dan masalah yang saya alami sudah berlarutan selama 2 bulan. Selalunya warna lendir kahak tu jernih dan berbuih. Kadang-kadang berwarna kuning kehijauan dan berketul.
Adakah masalah ini serius ataupun ia sekadar masalah sinus?
7 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan terhadap masalah kesihatan anda. Kahak yang berlebihan boleh terjadi akibat punca punca tersebut:
- Tekak kering akibat persekitaran dingin seperti bilik berhawa dingin
- Kurang minum air
- Mengambil minuman seperti kopi, teh dan alkohol
- Merokok atau terdedah kepada asap rokok
- Pengambilan ubat tertentu
- Terdedah kepada habuk atau allergen
- Jangkitan kuman
- Radang tekak
- Makan makanan pedas, berlemak atau berminyak
- Lendiran dari rongga hidung yang turun ke tekak “post nasal drip”
Untuk maklumat lanjut klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami. Terima kasih


























