Sulit
3 tahun
Kaitan Hipertiroid dan gastrik
Saya telah disahkan mengidap hipertiroid mllui ujian darah dan mengambil ubat jenis carbimazole (bru 5 hari). Sy jugak seorg pesakit gastrik/gerd. Adakah pngmbilan carbimazole memberi kesan pening kepala dan gastrik?sbb simptom2 tu mmg ada…dan apakah yang perlu saya buat?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, ubat carbimazole boleh menyebabkan kesan sampingan seperti berikut. Antaranya:
- Masalah gastrik/ sembelit/ cirit birit
- sakit kepala
- demam kerana ia mengurangkan sel darah putih (jika ini berlaku anda harus segera berjumpa dengan doktor)
- muntah
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.