
Sulit
5 tahun
Kaitan sel darah putih dan penyakit TB
Salam sejahtera,adakah sesorang yang disyaki penyakit TB menyebabkan sel darah putih tinggi?

5 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Kami faham kebimbangan anda terhadap masalah yang anda hadapi. Untuk maklumat anda, jumlah sel darah putih akan meningkat jika terdapat jangkitan pada badan. Hal ini tidak tertakluk hanya kepada jangkitan TB dan boleh berlaku pada jangkitan bakteria yang lain. Antara gejala penyakit TB ialah:
• Batuk berpanjangan 3 minggu atau lebih
• Sakit dibahagian dada
• Batuk berkahak atau berdarah
• Penat atau letih
• Kurang berat badan
• Hilang selera makan
• menggigil
• demam
• berpeluh pada waktu malam
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.