
Anonymous
5 tahun
Kaitan stress dengan period
Saya seorang pelajar University… Peperiksaan dh dekat… Sya sering tidur lewat. Kerana belajar.sya dh lewat 3 mnggu tidak period. Minta doktor jelaskan… Bagaimana stress boleh menjejaskan period saya.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Stress secara fizikal seperti senaman yang kuat, dan tidur tidak cukup serta stress emosi seperti tekanan dipercayai dapat mempengaruhi kitaran haid seseorang itu. Bagaimana perkara ini berlaku adalah disebabkan faktor hubungan antara hormon-hormon didalm badan seperti estrogen, progesteron, FSH dan LH yang tidak lagi seimbang apabila berlaku stress dibadan. Apabila seseorang itu mengalami stress, badan akan menghsilkan hormon seperti kortikosteroid yang akan mengganggu tahap hormon-hormon haid didalam badan.
Hal ini secara tidak langsung memberi impak kepada ovulasi dan kitaran haid kerana badan anda menerima isyarat bahawa terdapat hormon lain (kortikosteroid) sedang “bertugas”. Kesimpulannya, pengamalan gaya hidup sihat seperti pemakanan seimbang, tidur yang mencukupi serta cara menangani stress yang efektif dapat mengembalikan semula kitaran haid yang normal.