
Sulit
3 tahun
Kajian mengenai penyakit mental
saya nak tahu,jika seseorang itu sering bercakap sendiri, menpunyai rakan khayalan. Rakan khayalannya itu sangat baik dengan dia. dia juga yakin yang kawan khayalannya itu wujud padahal cuma dia seorang sahaja yang nampak. saat dia bercakap dengan rakan khayalannya itu dia buat kerja seperti duduk minum, sedang ulangkaji(tapi berhenti setelah berbual). ada masanya dia sering termenung. seperti dia ada depressi. dia sering menangis ingatkan arwah ayahnya. by the way, dia adalah seorang perempuan anak angkat kepada seorang lelaki. tak ada ibu. cuma tinggal berdua dengan ayah sejak kecil. adik kepada ayhnya tidak begitu baik dengan dia. sejak kecil dia sering menjadi mangsa buli rakan sekolah dari sekolah rendah hingga menengah. awal pagi dia seorang yang sangat ceria. bersikap positif walaupun sering dihina. bila malam,dia menangis dan mula bercakap dengan rakan khayalannya. saya nak tahu dia ni mengalami apa sebenarnya?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Kami memahami kebimbangan anda, kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, gejala anda terangkan tersebut boleh disebab oleh beberapa perkara seperti kemurungan, stress, kecelaruan personaliti, penyakit kecelaruan delusi dan selainnya. Untuk mengetahui punca penyebab masalah ini, anda perlulah merujuk masalah ini kepada doktor dengan lebih lanjut.
Banyak klinik dan hospital kerajaan atau swasta seluruh Malaysia mempunyai Jabatan Psikiatri tersedia, anda boleh jumpa sesiapa doktor kedekatan atau anda minat. Pakar akan menjalani sebarang periksaan dan penyelidikan berkaitan untuk mengetahui punca penyebab gejala tersebut dan bantu mengatasinya.
Selain itu, ada beberapa cara untuk mengurangkan masalah ini yang boleh dibuat disamping mengambil ubat. Untuk makluman anda, cara menangani stress berlebihan adalah dengan menjalani gaya hidup sihat secara mental, fizikal, dan spiritual.
Bagi fizikal, bersenam selalu, amalkan diet sihat, dan tidur secukupnya. Untuk mental, belajar meluahkan perasaan dan isi hati melalui kaunseling atau mereka yang sangat dipercayai atau kepada doktor. Spiritual pula, dekatkan diri kepada tuhan selaras tuntutan dan ajaran agama.
Anda juga boleh mendapatkan bantuan sokongan emosi daripada befrienders dengan talian 03-79568145 ataupun talian kasih dengan WhatsApp 019-2615999 yang beroperasi selama 24 jam secara percuma.
Kami berharap jawapan kami membantu anda.
Janganlah melanjutkan kegelisahan anda dan tolong hubungilah kami.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan Doktor Pakar Psikiatri.