
helmiabdullah8411
5 tahun
Kaki bengkak bagi pesakit kencing manis
Nama saya Helmi. Saya nak tanya. Mak saya kaki bengkak sebelah kiri saja. Da cara lain untuk menghilangkan bengkak di kaki kiri dia.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, bengkak kaki ini boleh disebabkan oleh:
- Kelemahan hati atau heart failure
- Kegagalan buah pinggang atau chronic kidney failure
- Cirosis hati atau liver cirrhosis
- Nephrotic syndrome
- Saluran limfa yang tersumbat atau lymphedema
- Ubatan terutamanya ubatan darah tinggi
- Duduk atau berdiri terlalu lama
Untuk mengatasi masalah ini, punca bengkak kaki harus dikenalpasti supaya boleh dirawat. Bengkak satu kaki juga boleh merupakan petanda halangan saluran darah ke kaki, seterusnya akan menyebabkan ulser. Kaki boleh dinaikkan semasa membaring untuk membantu mengurangkan bengkak tersebut.
Komplikasi kencing manis ini sangat serius. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.