
haiyati6661
6 tahun
Kaki bengkak, sesak nafas, thalassaemia
Saya pengidap thalasemia. Nak tanya adakah dengan tidak mengambil injection pneumococcal tu saya mengalami keadaan seperti sekarang. Kaki tangan membengkak, kencing tak lawas, sesak nafas. Mohon pencerahan. Terima kasih!

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Untuk makluman pihak anda, penghidap thalassemia boleh mendapat simptom sesak nafas kerana kekurangan sel darah merah dan hemoglobin yang membekalkan oksigen ke seluruh tubuh.
Vaksin pneumococcal biasanya disarankan pengambilannya bagi pesakit thalessemia kerana pesakit thalessemia mudah mendapat jangkitan.
Gejala kaki tangan bengkak serta kencing tidak lawas tersebut perlu dirujuk dengan lebih lanjut kerana maklumat lebih mendalam adalah diperlukan untuk mengetahui punca keadaan yang anda alami. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami bagi konsultasi secara peribadi untuk membantu anda. Terima kasih.