
Sulit
3 tahun
Kaki bersemut2 lebih2 lagi pada waktu malam
Umur saya 42 tahun… Tiada sakit apa2… Semenjak 2-4 hari ini kaki saya selalu bersemut2. Kerap berlaku waktu malam masa hendak tido… Jadi tidak selesa nak tido. Apakah penyebab dan mcm na mo hilangkan

3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Anda bertanyakan tentang masalah kesemutan kaki pada waktu malam. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, masalah tersebut boleh disebabkan oleh beberapa perkara. Antaranya ialah:
- neuropati diabetes
- tarsal tunnel syndrome
- penyakit arteri periferal
- tekanan pada saraf
- multiple sclerosis
Sekiranya gejala ini masih berlarutan, sila rujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Anda boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda lebih lanjut atau merujuk anda kepada pakar sekiranya perlu.
Harap penerangan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.