
Sulit
4 tahun
Kaki gatal tinggal parut banyak
Saya wanita dalam umur 20an… sejak covid-19 kena duduk rumah saya tiba2 badan saya naik gatal2 tanpa sebab saya ke klinik dan dapatkan ubat tetapi tidak dapatkan suntikan alergik sebab doc pon tak tahu saya kena apa…then beberapa minggu gatal2 naik balik lepastu hilang lepas beberapa minggu naik balik dan menyebabkan kaki dan tangan saya tinggal parut hitam yang sangat banyak…apa yg saya boleh buat ya sehingga sekarang gatal masih tidak hilang

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi kegatalan pada kulit. Untuk makluman anda, masalah ini boleh disebabkan oleh beberapa perkara, antaranya ialah:
- Ekzema
- Psoriasis
- Jangkitan kulat, bakteria atau virus
- Gigitan serangga
- Skabies
- Alahan terhadap:
- Ubat-ubatan
- Debu
- Makanan
- Serangga
Dapatkan kulit yang sihat dengan penjagaan kulit yang betul.
Untuk mengetahui punca sebenar dan rawatan yang tepat terhadap masalah yang anda hadapi, maklumat tambahan dan pemeriksaan susulan adalah diperlukan sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk perkara ini lebih lanjut secara langsung dengan doktor di klinik/hospital berdekatan bagi mendapatkan kesimpulan yang lebih sempurna.
Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.