aliasabrina1503
3 tahun
Kaki kebas dan luka seperti berlubang
Saya wanita berusia lingkungan 40-an. Saya sering mengalami kebas kaki dan mempunyai luka yang kelihatan seperti berlubang pada kaki.
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda dihadapi. Namun begitu, masalah anda adalah kompleks dan memerlukan maklumat lanjut, pemeriksaan serta ujian tertentu juga mungkin diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Anda mungkin mengalami masalah saraf pada kaki, jangkitan kuman atau penyakit kencing manis.
Saya mencadangkan agar anda merujuk masalah anda ini kepada hospital agar pemeriksaan dan ujian untuk mengenal pasti punca gejala yang anda hadapi serta dirawat dengan betul dan tepat.
Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat lanjut tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.