Sulit
3 tahun
Kaki kebas selepas pembedahan
Saya br lepas buat operation dibahagian perut 5 hari yg lalu. Kaki kanan saya mula terasa kebas and kadang2 seperti kejutan eletrik. Doc ada bg ubat injection cairkan darah. Kenapa ye kaki kanan still terasa kebas after 3 hari operation.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, masalah yang anda hadapi boleh berlaku disebabkan beberapa perkara seperti:
- Diabetes atau kencing manis
- Aliran darah yang tidak mencukupi
- Trauma
- Masalah otot dan juga saraf
- Kekurangan vitamin
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.