
Anonymous
5 tahun
Kaki kiri sakit dan perut tidak selesa
Saya wanita berumur 30 tahun. Saya di sahkan mempunyai ovarian cyst jenis berdarah di kedua-dua ovari. Doktor telah merujuk saya kepada doktor pakar kerana bimbang ada kemungkinan cyst tersebut adalah kanser. Hal ini kerana saya mempunyai latar belakang kanser yang agak kuat. 3 adik beradik ibu saya termasuk ibu saya telah meninggal dunia disebabkan kanser payudara. Dan nenek saya pula meninggal kanser usus. Apabila dah dirujuk ke pakar, mereka hanya scan dan hanya beri ubat tahan sakit. Dalam 2 bulan lepas mereka tukarkan ubat saya kepada pil hormon. Last check up mereka nampak cyst di sebelah kiri lebih besar almost 5cm. Lately saya rasa kurang selera makan, perut tidak selesa, kadang sukar buang air besar, sakit belakang yang amat dan pinggul. Kaki kiri saya juga turut sakit tanpa sebab. Badan saya lesu dan selalu rasa letih. Boleh doktor beritahu saya tentang apa sebenarnya yang saya alami? Adakah betul saya mempunyai kemungkinan besar kanser ovari atau kanser lain? Hanya kerana latar belakang saya dari keluarga yang mempunyai history cancer?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman pihak anda, adalah sukar untuk kami membuat kesimpulan tentang cyst yang anda hadapi tanpa mengetahui lebih lanjut tentang pemeriksaan dan keputusan ujian-ujian yang telah dijalankan oleh pihak hospital atau doktor yang merawat anda.
Berdasarkan keterangan anda, sememangnya risiko kanser adalah agak tinggi bagi mereka yang mempunyai sejarah keluarga yang kuat. Namun pemeriksaan lanjut haruslah dijalankan bagi menegtahui masalah sebenar.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.