Sulit
3 tahun
Kaki lenguh dan lemah selepas melakukan hubungan intim
saya wanita berumur 26tahun, kaki saya berasa lenguh dan lemah selepas melakukan hubungan intim. saya takut ada kesan yang serius, boleh kah doktor jelaskan adakah kesan ini merbahaya atau tidak?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini mungkin disebabkan anda menggunakan otot yang banyak semasa melakukan hbungan seksual. Ianya seperti selepas anda bersenam dan menyebabkan otot anda letih dan lenguh.
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor sekiranya ianya berlarutan atau semakin parah.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.