
Sulit
4 tahun
Kaki lenguh dan sakit
saya wanita berusia 30an. mengalami masalah kelenguhan kaki pada belah kanan, ia bermula dari pinggang hingga ke bawah kaki.
apakah penyakit yg dialami saya? saya juga akan merasakan kelenguhan walaupun waktu tidur, dan ia menganggu aktiviti harian saya seperti memandu.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Terima kasih atas soalan berikut,
Kami memahami akan kegusaran anda berkenaan dengan masalah sakit serta lenguh pada bahagian pinggang dan juga kaki di sebelah kanan. Untuk pengetahuan anda, terdapat pelbagai sakit yang boleh menyebabkan berlakunya simptom tersebut. Antaranya:
- Radang Appendik
- Batu Karang
- Masalah tulang belakang
- Masalah saraf tunjang
- Trauma pada bahagian pinggang dan kaki
- Jangkitan pundi kencing
- Radang usus
Bagi wanita, masalah ini boleh berpunca daripada permasalahan yang berkaitan denga sakit puan seperti:
- Kista ovari
- Kandungan ektopik
- Jangkitan rahim, saluran kencing
Sila berjumpa dengan doktor jika anda mengalami simptom berikut:
- Demam
- Muntah
- Kebas pada kaki
- Sakit yang berpanjangan melebihi 2 minggu
Untuk meengetahui lebih lanjut berkenaan dengan masalah yang anda hadapi, sila bercakap dengan (DoctorOnCall) untuk mendapatkan diagnosis yang tepat.