
Sulit
5 tahun
Kaki menjadi berbintik seperti gelembung air
Kaki saya makin lama makin naik banyak binitk di tapak kaki

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala bintik-bintik berair pada kaki anda boleh disebabkan:
- Jangkitan cacar air/chicken pox atau kayap
- Kesan penggunaan produk pencuci
- Jangkitan herpes simplex
- Gigitan serangga
- Penyakit tangan, mulut dan kaki
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.