Sulit
3 tahun
Kaki rasa kebas selepas bangun tidur waktu pagi
Salam dok… Sya nak tahu…kaki saya rasa kebas dan tegang di bahagian betis selepas sya bangun tidur waktu pagi… Apakah penyakit yang sya alami ataupun itu perkara normal? Dan apakah rawatan yang perlu sya buat selain berjumpa dengan doktor memandangkan sya duduk di pendalaman jauh dari bandar… Tq
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Berkenaan dengan masalah yang anda hadapi,kebas pada kaki boleh disebabkan oleh:
- Diabetes atau kencing manis
- Aliran darah yang tidak mencukupi
- Trauma
- Masalah otot dan juga saraf
Namun begitu, terdapat beberapa soalan yang harus kami tanyakan bagi mendapatkan maklumat lanjut sebelum kesimpulan tentang masalah yang anda hadapi boleh dibuat. Anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Terima kasih.