
rossya221114
5 tahun
Kaki sakit bisa tidak boleh jalan dan kulit kaki mengelembung dan berair
Hai Dr adik saya mengalami sakit kaki hampir sebulan… Sudah pergi ke hospital tetapi appointment lambat… Dia berasa sakit ketika jalan(berbisa)dan baru baru ini kulit kaki dia mengelembung dan berair.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan jawapan yang dikehendaki. Pelbagai soalan mengenai sejarah kesihatan anda yang perlu ditanyakan.
- Apakah umur adik anda?
- Apakah punca sakit kaki adik anda? Sama ada sakit di luka atau sakit tulang/otot?
- Di manakah lokasi penggelembungan kulit tersebut?
- Adik anda mempunyai sebarang penyakit yang kronik seperti kencing manis?
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.