
Anonymous
5 tahun
Kaki sengal-sengal Dan demam panas
Salam…saya nak tnya…saya lelaki berumur 20 tahun…1 Hari yg lepas saya demam panas sgt Dan terasa sengal2 satu badan…then Hari berikutnya demam dah kebah dgn Cara tuam badan,minum 100 plus dan banyakkan minum air…tetapi sengal2 di kaki Masih x hilang Dan membuatkan saya susah nak rehat…mintak nasihat doc…tq

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Berkenaan dengan masalah yang anda hadapi, kebas pada kaki boleh disebabkan oleh:
- Diabetes atau kencing manis
- Aliran darah yang tidak mencukupi
- Trauma
- Masalah otot dan juga saraf
Namun begitu, terdapat beberapa soalan yang harus kami tanyakan bagi mendapatkan maklumat lanjut sebelum kesimpulan tentang masalah yang anda hadapi boleh dibuat.
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada doktor kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami. Terima kasih