
encikjun
5 tahun
Kaki sentitif pada sejuk
Hi Doktor, saya lelaki berusia 33 tahun. Sejak kebelakangan ini saya ada rasa mual tapi tidak selalu, bila nak muntah tu seperti muntah angin saja. Kadang - kadang saya akan berasa berdebar - debar dengan tiba-tiba. Di samping itu juga saya kadang-kadang berpeluh kuat di kepala. Untuk tidur saya 2 ke 3 hari ini sering terbangun awal pagi (contoh jam 3 atau 4 pagi), sama ada masa tu saya berpeluh atau rasa mual nak muntah. Oleh kerana di rumah saya ada thermometer, saya kerap periksa suhu saya, suhu badan saya di sekitar 35 darjah celsius. Untuk pengetahuan doktor saya semalam ada membuat pemeriksaan di sebuah hospital, doktor buat scan di perut dan bagitahu ada gas di perut dan doktor beri saya ubat gastrik. Saya bertanya di sini lagi kerana risau mungkin ada sebab lain. Terima Kasih.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, masalah yang anda alami boleh disebabkan:
- Anemia (kurang sel darah merah)
- Masalah ritma jantung atau struktur jantung
- Penyakit keresahan
- Penyakit asid refluks (gastrik)
- Penyakit Cushing (lebihan steroid badan)
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Jawapan ini ialah keterangna am. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.