
Sulit
4 tahun
Kaki seperti rasa kebas
Salam doktor, saya wanita berumur 20 tahun dan sejak 3-4 hari ni kaki saya seperti rasa kebas on off. Kadang-kadang saya rasa kaki saya seperti ditarik-tarik dan dicucuk-cucuk tetapi saya masih boleh jalan dengan biasa dan perkara ini hanya berlaku sekiranya saya duduk atas sofa ataupun kerusi lama-lama. Apakah masalah saya doktor?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
Neuropati Diabetes
Tarsal Tunnel Syndrome
Penyakit Arteri Periferal
Tekanan Pada Saraf yang boleh disebabkan oleh:
- Otot tegang
- Kasut yang terlalu ketat
- Kecederaan tapak kaki atau pergelangan kaki
- Duduk di atas kaki untuk jangka masa yang lama
- Cakera tulang belakang tergelincir atau ‘herniated’ atau masalah tulang belakang yang memerangkap saraf dan memberi tekanan terhadapnya.
Sebab-sebab Lain
- Fibromyalgia’
- Multiple Sclerosis (MS)
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami… Terima kasih.