
Sulit
4 tahun
Kalau stop pil perancang
Hai dr , Sy baru 2 bulan consume pil perancang noriday . Dan sepanjang consume pil bulan kedua haid sy langsung xdatang . Sy dah cek upt negatif . Sy merancang untuk tukar ke iucd pada bulan depan . Persoalan saya boleh ke kalau saya terus stop je pil noriday n telan ubat turun darah utk buat saya datang period supaya senang nanti utk sy pakai iucd . Adakah tidak memberi kesan apa apa terhadap saya bila sy terus stop pil perancang tanpa menghabiskan pil yg masih ada ? Tlg bantu saya .

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi mengenai penggunaan pil perancang. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kekalkan kebahagiaan rumah tangga anda dengan mendapatkan perancangan keluarga yang terbaik
Pil perancang jenis ini dikenali sebagai Norethisterone dan tergolong dalam sekumpulan ubat-ubatan yang dipanggil progestogen. Ia adalah adalah sejenis ubat kontraseptif hormon yang dikenali sebagai “pil mini” atau pil progestogen sahaja (POP).
Untuk makluman anda, berikut merupakan kesan-kesan sampingan pil perancang :
- Muntah dan pening
- Sakit kepala
- Haid yang tidak teratur atau tidak datang haid lebih dari 4 bulan dalam penggunaan pil perancang
- Kesakitan payudara
- Keletihan
- Kenaikan berat badan
Untuk makluman anda, Norethisterone adalah pil perancang yang biasanya diberikan kepada wanita yang tidak sesuai mengambil pil perancang jenis yang lain (pil kontraseptif) atau menggunakan alat intrauterin (IUD).
Anda diminta untuk mendapatkan nasihat daripada doktor sebelum menghentikan pengambilan ubat ini, sila rujuk dengan doktor sekiranya anda bercadang untuk menukar kepada kaedah perancangan yang lain.
Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut mengenai pil tersebut, anda boleh bertanya kepada doktor, pegawai farmasi atau hubungi kami di DoctorOnCall untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan yang diperlukan. Terima kasih.