Sulit
4 tahun
Kalung telur bergegar
Hai, saya umur 23, saya nak tanya kalung telur saya sejak dua menjak ni dia bergegar lah, saya tak tahu lh apa punca dia and apa kesan ye bila dia bergegar
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, kami kurang jelas mengenai perkataan “bergegar” yang dinyatakan oleh anda. Walaupun begitu, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami ketidakselesaan pada bahagian skrotum, seperti:
- Hernia
- Hidrosele
- Varikosele
- Radang testis (orchitis)
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Sukar untuk kami katakan apakah kesannya tanpa mengetahui dengan lebih lanjut mengenai gejala yang dialami oleh anda berdasarkan soalan sahaja. Selain itu, pemeriksaan fizikal juga perlu dilakukan. Oleh itu, kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.

































