
Anonymous
5 tahun
Kanak kanak sembelit
Anak saya berusia 8 tahun dan menghadapi kesukaran untuk membuang air besar. Saya sudah mencuba pelbagai cara untuk membantu seperti beri makanan yg mengandungi serat cthnya buah2 dan sayur2 tapi masih tidap dapat membantu anak saya. Adakah cara lain yang boleh saya lakukan untuk memudahkan proses pembuangan air besar ank saya

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman pihak anda, selain pemakanan, sembelit juga boleh disebabkan oleh kurang minum air dan melewat-lewatkan ke tandas.
Bagi kanak-kanak mereka mungkin sukar untuk membuang air besar di tempat yang asing seperti di sekolah atau melengahkan rasa ingin ke tandas ketika sedang asyik bermain. Oleh itu, anda boleh mencuba untuk menggalakkan anak anda minum banyak air, selain makan banyak buah dan sayur sayuran serta menggalakkan anak anda kerap ke tandas.
Sekiranya masalah ini berterusan, anda boleh dapatkan nasihat daripada doktor dan rawatan dengan ubat juga boleh diberikan. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.