
Sulit
3 tahun
Karung buah zakar tumbuh bulu
Hai doktor, adakah normal karung buah zakar tumbuh bulu skeliling?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi pihak kami untuk bertanyakan masalah anda.
Kami faham bahawa anda mengalami proses penumbuhan bulu pada sekeliling testis dan anda ingin mengetahui adakah ianya normal. Kami akan cuba membantu anda menyelesaikan masalah ini.
Untuk makluman anda, setiap lelaki dewasa akan mengalami perubahan pada struktur kemaluan mereka apabila mereka mula meningkat dewasa. Perkara ini terjadi disebabkan kesan hormon yang berlaku kepada tubuh badan. Penumbuhan bulu di sekitar kawasan kemaluan adalah normal.
Anda amat digalakkan untuk menghubungi doktor kami secara atas talian bagi mendapatkan penerangan lebih lanjut mengenai masalah yang anda alami.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih
Sila klik di sini untuk bercakap dengan doktor.