
zulkiflyd
5 tahun
Karung telur kemaluan sebelah kiri ada ketumbuhan
Saya lelaki berusia 44 tahun. Masalah yang saya hadapi ilalah telur kemaluan sebelah kiri saya ada kelenjar kelenjar sebesar kacang tanah. Saya sangat risau. Minta nasihat doctor terima kasih

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala yang berlaku pada buah zakar anda boleh disebabkan:
- Varikosele - saluran darah dalam zakar mengembang
- Angin pasang - atau hernia boleh masuk kedalam buah zakar
- Hidrosele/hematosele - lebihan cecair atau berlaku pendarahan dalaman buah zakar
- Orkitis - keradangan buah zakar
- Ketumbuhan - gejala lain seperti air mani berdarah, dada membesar
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.