Promosi eFarmasi Terkini Konsultasi bersama Pakar
Perlu Bantuan?
Sebahagian daripada doktor di DoctorOnCall


Dr Sashini Seeni

Perubatan Am

Dr M Ramzdhan

Perubatan Am

Dr Nathaniel Ho

Perubatan Am

Dr Rashid Khan

Perubatan Am

Dr Nurhayati

Perubatan Am

Dr Sri Viknarajan

Perubatan Am

Dr Fatahiyah

Perubatan Am

Dr Nur Syuhada

Perubatan Am

Dr Lee Chin Meng

Perubatan Am

Dr Mohamad Kashfi

Perubatan Am

Bahasa Melayu & Bahasa Inggeris
Doktor-doktor kami boleh menulis dalam Bahasa Melayu & Bahasa Inggeris
Doktor bertauliah
Semua doktor di DoctorOnCall adalah berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia
Privasi Terjamin
Sebarang data anda tidak akan didedahkan kepada mana-mana pihak
Pantas Dan Cekap
Sebarang pertanyaan anda akan dijawab oleh doktor degan segara
*Forum ini terbuka kepada umum. Elakkan daripada berkongsi maklumat sulit anda seperti no telefon dan email kerana ia boleh dilihat oleh orang lain.
Hantar Secara Sulit

Berikan tajuk untuk masalah kesihatan anda
*Tajuk anda mestilah melebihi 20 patah perkataan
Terangkan dengan lanjut masalah kesihatan yang anda alami
*Penerangan anda mestilah melebihi 20 patah perkataan
Sila masukkan alamat emel anda supaya kami dapat menghantar jawapan bagi soalan anda

Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Kawan saya dimasukkan ke hospital sebab sakit hepatitis A

Dijawab oleh: Dr Ramzdhan

Dikemaskini pada: Februari 18, 2019 3:14 AM
zuhair 2 tahun

Doktor, kawan saya dimasukkan ke hospital sebab sakit hepatitis A. macam mana dia boleh dapat penyakit ni ye?

Dr Ramzdhan 2 tahun
General Practitioner

Selamat pagi! Terima kasih kerana bertanyakan soalan.

Hepatitis A merupakan sejenis radang hati yang disebabkan oleh jangkitan virus Hepatitis A.

Jangkitan virus ini akan berlaku apabila seseorang yang tidak pernah dijangkiti atau tidak pernah menerima vaksinasi hepatitis A, makan atau minum makanan dan minuman yang telah tercemar oleh najis individu yang telah dijangkiti oleh virus Hepatitis A.

Oleh itu, jika seseorang itu:

  • Makan di tempat yang kurang bersih
  • Tidak menjaga kebersihan diri atau terdedah kepada air yang kotor

Mereka yang disebutkan diatas mempunyai risiko yang tinggi untuk menghidap hepatitis A. Virus hepatitis A juga boleh disebarkan melalui hubungan fizikal yang rapat dengan seorang pesakit yang telah dijangkiti oleh virus hepatitis A.

Hubungan kasual biasanya tidak akan menyebabkan jangkitan hepatitis A.

Untuk mencegah hepatitis A, penjagaan kebersihan sendiri dan alam sekeliling adalah sangat penting. Jauhi tempat makan yang kurang bersih dan amalkan gaya hidup yang sihat.

Bagi orang yang ingin melancong ke negara asing di mana hepatitis A adalah endemik, vaksinasi hepatitis A adalah sangat digalakkan.

Dikemaskini pada: Mon Feb 18 2019 03:14:48 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.88
Dr Sri Viknarajan 2 tahun
General Practitioner

Salam sejahtera! Terima kasih kerana bertanyakan soalan.

Hepatitis adalah suatu penyakit viral yang membawa kesan buruk kepada organ hati manusia. Terdapat beberapa jenis hepatitis dan cara penyebaran setiap satunya berbeza.

Hepatitis A dan E merebak melalui laluan enterik iaitu laluan pencernaan. Ia juga dikenali sebagai laluan dubur-mulut (faeco-oral) dan berlaku apabila seseorang yang tidak pernah dijangkiti dengan virus Hepatitis A ini menelan makanan dan minuman yang tercemar dengan najis atau air kencing orang yang telah dijangkiti.

Ini boleh berlaku melalui cara-cara yang berikut:
• Minum air yang tercemar (termasuk kiub ais)
• Makan kerang mentah atau kerang kurang masak
• Penyedia makanan tidak mencuci tangan dengan bersih atau mencuci tangan
menggunakan air yang tercemar dengan kumbahan
• Melakukan hubungan seks dengan orang yang mempunyai jangkitan, terutamanya hubungan yang melibatkan sentuhan rektum (laluan belakang) dengan jari, mulut atau lidah

Jangkitan hepatitis A ini tidak akan menyebabkan masalah kronik tetapi kita harus berwaspada dengan kemungkinan kegagalan hati akut (hepatitis fulminant), yang walaupun jarang insidennya, tetapi boleh mengancam nyawa.

Sekian, harap membantu.

Dikemaskini pada: Mon Feb 18 2019 09:05:45 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.88
Konsultasi Atas Talian
Dapatkan nasihat doktor dan Pakar Pakar Gastroenterologi tentang hepatitis a secara online dari mana jua anda berada tanpa perlu menunggu giliran.
Konsultasi Doktor RM19.99 Konsultasi Pakar Dari RM80
Perkhidmatan Saringan COVID-19
Lihat semua perkhidmatan saringan coronavirus COVID-19 Malaysia. Ujian PCR/RTK di rumah, klinik, pandu lalu atau ke presmis anda.
Lihat Semua Ujian COVID-19