Promosi eFarmasi Terkini Konsultasi bersama Pakar
Perlu Bantuan?
Sebahagian daripada doktor di DoctorOnCall


Dr Sashini Seeni

Perubatan Am

Dr M Ramzdhan

Perubatan Am

Dr Nathaniel Ho

Perubatan Am

Dr Rashid Khan

Perubatan Am

Dr Nurhayati

Perubatan Am

Dr Sri Viknarajan

Perubatan Am

Dr Fatahiyah

Perubatan Am

Dr Nur Syuhada

Perubatan Am

Dr Lee Chin Meng

Perubatan Am

Dr Mohamad Kashfi

Perubatan Am

Bahasa Melayu & Bahasa Inggeris
Doktor-doktor kami boleh menulis dalam Bahasa Melayu & Bahasa Inggeris
Doktor bertauliah
Semua doktor di DoctorOnCall adalah berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia
Privasi Terjamin
Sebarang data anda tidak akan didedahkan kepada mana-mana pihak
Pantas Dan Cekap
Sebarang pertanyaan anda akan dijawab oleh doktor degan segara
*Forum ini terbuka kepada umum. Elakkan daripada berkongsi maklumat sulit anda seperti no telefon dan email kerana ia boleh dilihat oleh orang lain.
Hantar Secara Sulit

Berikan tajuk untuk masalah kesihatan anda
*Tajuk anda mestilah melebihi 20 patah perkataan
Terangkan dengan lanjut masalah kesihatan yang anda alami
*Penerangan anda mestilah melebihi 20 patah perkataan
Sila masukkan alamat emel anda supaya kami dapat menghantar jawapan bagi soalan anda

Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Macam mana nak rawat hepatitis A?

Dijawab oleh: Dr Sri Viknarajan

Dikemaskini pada: Februari 25, 2019 12:41 AM
azrina 2 tahun

Macam mana nak rawat hepatitis A?

Dr Sri Viknarajan 2 tahun
General Practitioner

Salam sejahtera! Terima kasih atas soalan anda.

Hepatitis A akan mengambil masa 6 bulan untuk sembuh sepenuhnya. Ini adalah kerana tiada rawatan khas untuk virus ini dan badan manusia akan menghapuskan virus tersebut dengan sendiri. Oleh itu, rawatan penyakit hepatitis A ditumpukan kepada cara-cara mengawal simptom penyakit tersebut.

Cara-caranya adalah:

• Rehat secukupnya
• Jika mengalami sakit perut atau sakit sendi, pesakit boleh mengambil ubat tahan sakit seperti paracetamol dan ibuprofen. Nasihat doktor diperlukan kerana kuantiti ubat tahan sakit yang boleh diambil bergantung kepada fungsi hati pada masa itu.
• Elakkan alkohol kerana ini memberi tekanan tambahan kepada hati.
• Jika mengalami gejala mual dan muntah, pesakit dinasihatkan makan dalam kuantiti yang kecil tetapi kerap. Pesakit juga digalakkan untuk minum banyak air.

Sekian, harap membantu. Konsultasi dan pemeriksaan doktor amat digalakkan untuk sebarang masalah kesihatan yang anda hadapi.

Dikemaskini pada: Mon Feb 25 2019 00:41:23 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.87
Dr Ilias Yee 2 tahun
General Practitioner

Selamat petang! Terima kasih atas soalan anda.

Tiada rawatan yang khusus untuk jangkitan ini. Banyakkan rehat dan minum air. Ambil ubat antipiretik seperti Paracetamol untuk melegakan gejala demam. Pencegahan jangkitan ini adalah sangat penting.

Virus hepatitis A biasanya dikeluarkan melalui najis dan air kencing pesakit atau pembawa penyakit ini.

Virus hepatitis A boleh memasuki badan melalui makanan dan minuman yang tercemar oleh virus Hepatitis A dan makanan bercengkerang seperti kerang yang diambil dari air tercemar.

Cara mencegah Hepatitis A adalah dengan:

  • Mengamalkan tahap kebersihan diri yang tinggi
  • Membasuh tangan dengan menggunakan air dan sabun selepas ke tandas
  • Sebelum menyediakan makanan.

Makan makanan yang telah dimasak dengan sempurna atau makanan panas dan elakkan makan makanan yang separuh masak.

Pastikan ulam-ulaman, sayur-sayuran dan buah-buahan dibasuh dengan air bersih sebelum dimakan dan hanya menggunakan air yang bersih dalam penyediaan makanan. Elakkan daripada berenang dalam kolam air tercemar ataupun sungai yang kotor.

Dikemaskini pada: Mon Feb 25 2019 08:24:10 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.87
Konsultasi Atas Talian
Dapatkan nasihat doktor dan Pakar Pakar Gastroenterologi tentang hepatitis a secara online dari mana jua anda berada tanpa perlu menunggu giliran.
Konsultasi Doktor RM19.99 Konsultasi Pakar Dari RM80
Perkhidmatan Saringan COVID-19
Lihat semua perkhidmatan saringan coronavirus COVID-19 Malaysia. Ujian PCR/RTK di rumah, klinik, pandu lalu atau ke presmis anda.
Lihat Semua Ujian COVID-19