
Sulit
5 tahun
Kawan saya jarang keluar haid dan darah haidnya sedikit dan sekejap sahaja habis
Assalamualaikum doctor, saya ingin bertanya dan mengharapkan doctor dapat memberi jawapan yang mudah difahami.
Kawan saya masih muda sudah lama tidak period dan dia period darahnya hanya keluar sedikit sahaja. pada pengetahuan saya, dia tidak melakukan apa apa hubungan. saya jumpa doctor melalui article doctor tentang darah haid keluar sedikit. jadi saya mahu tahu kenapa kawan saya boleh jadi macam tu? saya sudah tanya ada rasa mual ke sebelum ni. dia jawab dia dari dulu memang rasa mual dan muntah. boleh doctor explain dekat saya apa yang terjadi kepada kawan saya. dan boleh doctor berikan nasihat supaya dia tidak berasa takut?
Terima Kasih, Doctor.

5 tahun
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala haid lewat anda boleh disebabkan:
Umur - Haid anda boleh berubah-ubah mengikut dari segi tempoh masa dan juga aliran ketika anda masih remaja.
Berat badan dan diet - Berat badan dan kandungan lemak badan boleh menjejaskan haid anda.
Sindrom ovari polikistik / Polycystic ovarian syndrome (PCOS) - Penyakit ini boleh menyebabkan perubahan hormon dalam badan di mana telur telah berhenti matang.
Ubat-ubatan - Sesetengah ubat yang disarankan untuk masalah kesihatan tertentu boleh menganggu kitaran haid. Pil perancangan, pil hormon, ubat sawan, ubat untuk kemurungan adalah antara contoh-contoh ubat yang melambatkan kitaran haid.
Hormon tidak stabil disebabkan stress, tekanan emosi dan jadual harian yang etrlalu aktif dan padat
Kehamilan sekiranya anda pernah melakukan persetubuhan
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.