
Sulit
4 tahun
Kawan saya kemalangan
Kawan saya mengalami kemalagan , yang berumur 14 tahun , beliau dapat kecederaan pada bahagia dada berlakunya bengkak dikawasan tersebut dan sekarang ini die di hospital ditahan wad , persoalan nya , apa yang akan berlaku jika ia dapat kecederaan teresbut , samada ia serius atau bengkak biasa , dia tidak sesak nafas.

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, bengkak tersebut boleh berpunca daripada kecederaan pada kulit, tulang rusuk, atau otot di kawasan tersebut. Untuk mengetahui jika tiada kecederaan pada organ dalaman, pemeriksaan lanjut seperti x-ray perlu dilakukan.
Kami memerlukan informasi yang lebih lanjut lagi serta pemeriksaan untuk mengenalpasti punca sebenar sakit yang anda alami sebelum membuat sebarang kesimpulan
Jangan tunggu sehingga sakit menyerang. Jaga jantung anda bermula sekarang.
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.
Sakit dada boleh disebabkan oleh masalah jantung. Dapatkan nasihat daripada pakar kardiologi