
Sulit
4 tahun
Kawan saya mengalami Sakit Perut dan Sakit kepala dan hilang keseimbangan badan dan saya tidak tahu punca ia apa?
My friend cakap dengan saya yang dia sakit perut sakit kepala dah 3 hari termasuk hari ini rasa nak muntah tapi tak muntah mungkin sebab pening kepala dia rase nak muntah.Sakit perut dan sakit kepala tu kadang2 ia ada dan kadang2 hilang sekejap kadang2 keseimbangan badan jadi tak betul. Dia ni juga ada family problem saya takut itu effect stress . Pemakanan dia pula dia suka minum coffee dalam sehari dia pernah ambil sampai 3 tin coffee.Dia juga tak nak makan selepas perut dia sakit macam ni dia cakap perut dia sakit bila makanan masuk dalam perut. Adakah ini punca stress atau ada masalah lain? boleh doktor terangkan.

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Rakan anda mempunyai masalah sakit kepala dan sakit perut di samping banyak meminum minuman berkafein. Anda risau jika ini adalah kesan daripada stress yang dia alami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, sakit kepala boleh disebabkan banyak sebab dan dipengaruhi oleh pelbagai faktor.
Kebiasan pesakit yang mengalami sakit kepala tergolong dalam sakit kepala primer iaitu melibatkan sakit kepala migrain, sakit kepala jenis berkelompok dan sakit kepala sakit kepala ketegangan.
Majoriti daripada sakit kepala boleh datang dari kumpulan sakit kepala jenis primer.
- migrain
- sakit kepala berkelompok
- sakit kepala tension
Jika bukan daripada sakit kepala jenis primer, maka sakit kepala itu akan disebabkan daripada sakit kepala jenis sekunder.
Sakit kepala jenis sekunder boleh disebabkan masalah yang menyebabkan tekanan di dalam ruang tengkorak meningkat daripada paras yang normal. Selain itu, sakit kepala sekunder juga boleh disebabkan masalah yang berlaku di luar tengkorak seperti glaukoma, sinusitis dan jangkitan sistem pendengaran atau otitis media.
- darah tinggi
- rabun mata
- trauma
- kanser otak
Anda tiada masa untuk sakit kepala? Dapatkan kelegaan segera.
Berdasarkan masalah yang anda perihalkan di atas, terdapat kemungkinan bahawa masalah sakit perut dan perut kembung berikut boleh disebabkan oleh beberapa perkara:
- Penyakit refluks esofagus (GERD), dimana asid perut telah naik sehingga ke salur pemakanan (esofagus) anda.
- Ketumbuhan ulser pada perut yang boleh disebabkan oleh iritasi asid yang berlebihan, serta jangkitan kuman, khususnya Helicobacter Pylori .
- Masalah gastrik anda atau keradangan perut yang tidak terkawal.
- Jangkitan virus pada perut ( Viral gastroenteritis )
- Kanser perut, terutama sekali jika anda mengalami keletihan atau penurunan badan yang mendadak. Anda juga akan rasa seperti terdapat ketulan keras pada bahagian perut.
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.
Pakar neurologi boleh membantu anda untuk melegakan masalah sakit kepala.