
naim.muhammad92
4 tahun
Kawasan dubur bernanah selepas membuat pembedahan buang buasir
hi, saya berumor 27 dan pernah membuat pembedahan buasir. masalah sekarang sudah setahun pembedahan itu, tapi masih terdapat nanah dikawasan dubur. sudah banyak klinik saya pergi dan pelbagai ubat saya telah cuba, masalah tersebut masih menghantui saya dan saya berasa agak tertekan apabila melihat kesan kesan melekat pada seluar dalam saya. say ingin bertanya apa jalan penyelesaian lain bagi menghilangkan nanah tersebut. terima kasih.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala benjolan pada dubur anda boleh disebabkan:
- Buasir
- Kista (cyst) yang dijangkiti kuman
- Penyakit radang usus - seperti Chron yang menyebabkan nanah
- Luka pada dubur berserta dengan jangkitan - akibat sembelit dan lain-lain
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.