zakwan0703.zk
6 tahun
Kawasan kemaluan bengkak dan pedih
Saya lelaki berumur 21 tahun, dan saya mengalami bengkak pada bahagian kanan kemaluan saya (diantara celahan peha dan zakar).
Ianya bengkak membesar ,pedih dan terasa lenguh dengan keadaan ni.
Saya tidak dapat menahan kencing dlm tempoh yang lama.
Ketika saya batuk, bengkak itu turut merasa sakit juga.
Apakah yang sedang alami ini dan bagaimana cara mengatasi sakit ini?
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, bengkakan pada kelamin anda boleh disebabkan:
- testicular torsion - buah zakar berbelit - hal ini serius dan perlu ke hospital segera
- epididymitis - keradangan tiub yang membawa sperma
- orchitis - akibat jangkitan virus atau bakteria
- Varikosele - saluran darah membengkak
- Angin pasang - “Hernia”
Sekiranya anda mengalami kesakitan yang teruk, anda perlu pergi ke hospital segera. Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doktor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.


































