
Sulit
4 tahun
Kawasan kepala dan leher berpeluh
Hi, nak tanya. Normal tak kalau area kepala dan leher selalu berpeluh. Inkean even tak melakukan aktiviti riadah seperti joging but still peluh tu keluar macam orang lepas berjoging. Cth. Masa solat, berjalan biasa. Tq

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, gejala kuat berpeluh ini boleh dibahagikan kepada 2 kategori iaitu Primary atau Secondary.
Primary adalah disebabkan oleh kelenjar peluh (sweat gland) dalam badan anda amat aktif terutamanya semasa menjalankan sebarang aktiviti atau merasai emosi yang kuat. Dalam individu yang mempunyai Secondary hyperhidrosis, mereka selalu berpeluh semasa tidur dan sentiasa akan berkaitan dengan kehamilan atau penyakit yang lain seperti:
- Kencing manis
- Masalah tiroid
- Obesiti
- Jangkitan
- Gout
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.