
Sulit
5 tahun
Kawasan sekitar faraj gatal dan tidak selesa
saya wanita 20an. sekitar kawasan faraj saya gata dan seakan jadi kayap. saya dah sapu ubat tapi masih belum sembuh. pada kulit saya naik warna putih2 dan tak sakit namun saya tak selesa. apakah puncanya dan apa ubat yg sesuai?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
Penggunaan estrogen secara ubat makan
Peningkatan estrogen daripada kehamilan atau obesiti.
Penghidap penyakit kencing manis atau golongan yang mempunyai sistem imun yang lemah seperti pesakit yang menjalani kemoterapi atau mempunyai jangkitan HIV dan juga pesakit pemindahan organ
Penggunaan antibiotik spektrum luas untuk jangka masa yang lama juga boleh mengakibatkan jangkitan kulat faraj
Menghidap penyakit kelamin
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Lebih-lebih lagi, masalah kulit perlu dilihat dan diperiksa bagi mendapatkan diagnosis yang tepat. Hanya selepas diagnosis diperolehi, barulah rawatan yang sesuai boleh diberikan. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.