
Sulit
4 tahun
Kawasan sekitar mulut menjadi hitam
Salam. Saya baru je keguguran kandungan 8 minggu. Setiap 2-3 bulan period atau makan, saya akan dapat seperti allergic reaction di sekitar kawasan mulut saya. Mula mula akan gatal, kemudian akan naik seperti kulit kering atau lg teruk akan mengelembung spt kulit melecur. Akhir skali akan tinggalkan parut hitam di sekitar kawasan mulut seperti saya mempunyai misai. Apa yg perlu saya buat ?

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami ingin mengucapkan takziah akibat keguguran yang anda alami dan faham kebimbangan anda tentang parut hitam di sekeliling mulut anda.
Dapatkan kulit yang sihat dengan penjagaan kulit yang betul.
Terdapat beberapa perkara yang anda boleh gunakan untuk hilangkan parut hitam di sekeliling mulut anda:
- Eksfoliate kawasan mulut anda
- Krim pencerah kulit yang boleh didapati di farmasi dan kemudian anda sapukan disekeliling bibir anda
- Rawatan laser
Bagi mengetahui punca masalah kesihatan anda, sila rujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.