
Sulit
5 tahun
Kayap atau herpes di bahagian dada. Sangat gatal dan sakit
Selamat petang doctor maaaf mengangu
Saya muhd faddrullah. Saya ingin bertnyakan tentang kayap. Saya sudah check di klnk kerjaan dan doctor itu mgesahkan saya dijangkiti kayap dan hanya bagi ubt chlorpheniramine dan pcm sahaja. Saya sudah makn hampir 2 mngu tapi takda apa2 perubahan bila saya dtg smula dia hnya bgi ubat yg sama. Tapi kayap saya sudah merebak dan saya juga tdk boleh tdur malam sbb mnahan sakit dan gatal. Saya ingin bertanyakan pada doctor ada tak ubat2 yg saya boleh beli di farmasi untk mnymbuhkan kayap ni?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Penyakit kayap merupakan suatu jangkitan virus yang mengakibatkan ruam yang sakit. Walaupun kayap boleh berlaku di mana-mana bahagian badan, pada kebiasaannya ia akan timbul sebagai ruam yang melilit pada bahagian kiri atau kanan tubuh.Seseorang yang menghidap penyakit kayap boleh menjangkiti orang yang tidak pernah menghidap penyakit cacar dengan virus ‘varicella zoster’. Virus ini mudah disebarkan melalui cecair pada ruam kayap.
Rawatannya ialah antivirus. Namun, ubat ini memerlukan prekripsi doktor. Untuk mendapatkan rawatan yang paling bersesuaian untuk anda, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan kami melalui atas talian secara peribadi untuk mendapatkan penyelesaian kepada masalah anda. Terima kasih.