
halimah.ila2017
5 tahun
Kayap pada anak 4 tahun
Salam…anak saya mengidap kayap sudah hampir setahun belum sembuh.Saya hanya mengamalkan perubatan trsdisonal seperti daun sirih…getah jantung pisang…parutan ubi kayu pada kayap tersebut…air garam…nampak ada perubahan tetapi on off…saya buntu doktor adakah perlu diambil sample darah untuk mencari punca penyakit ini…atau pergi jumpa doktor ambil antibiotik untuk membunuh virus ini…sblm ni ada juga pergi ke doktor pakar dan klinik swasta tapi tiada kesan.

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Dari keterangan anda, kami kurang pasti berkenaan kayap yang anda maksudkan. Biasanya kayap merujuk kepada masalah shingles iaitu pengaktifan semula jangkitan virus varicella zoster yang menyebabkan cacar air. Namun begitu, masalah shingles tidak mengambil masa terlalu lama untuk sembuh. Ia biasanya pulih dalam masa 1-2 minggu.
Oleh itu, kami memerlukan maklumat lebih lanjut tentang keadaan yang anak puan hadapi untuk mengetahui apakah punca dan menyarankan rawatan yang sesuai. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih.