
Sulit
4 tahun
Kdg ii sya rasa cepat penat bila melakukan kerja,cepat rasa nak loya atau muntah,sakit kepala,kerap sakit perut,kdg ii ada rsa ktidakhadaman atau pedih hulu hati,dan masalah kulit seperti kulit kering dan cepat memerah atau gatal etc,
kalau saya garu kulit,kulit saya cepat merah dan mmbekas bahkan sya juga cepat rasa sejuk.tapi saya tak hilang selera makan dan berat saya juga mantain.minta penjelasan doctor ya btw sy masih peringkat remaja.terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi. Bagaimanapun, maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan jawapan yang dikehendaki. Terdapat pelbagai soalan mengenai sejarah kesihatan anda yang perlu ditanyakan untuk mengenalpasti samada gejala-gejala yang anda hadapi itu berkaitan antara satu sama lain ataupun tidak. Namun, secara umum, masalah ini loya boleh disebabkan oleh beberapa perkara, antaranya ialah:
- kekurangan gula dalam tubuh
- kekurangan rehat atau tidur
- rutin makan yang kurang sihat
- tanda-tanda dehidrasi
atau ia juga boleh disebabkan oleh:
- jangkitan kuman yang disertai keracunan makanan
- gangguan saluran pencernaan
- gangguan penyakit yang memerlukan pemeriksaan yang lebih khusus
Untuk mengetahui punca masalah ini, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, jika masalah ini berlarutan, anda disarankan untuk berjumpa dengan doktor bagi mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat.
Untuk info lebih mendalam, sila klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Jawapan ini hanyalah keterangan am tentang hal ini. Terima kasih