ieqasha84
3 tahun
Kebas both of my Hand
Salam/Hai/Gd Morning. Sy wanita b’usia msk 30thn. Sy mngalami Kebas tangan yg agak teruk. Sy akan mgalami kebas tangan ta kira masa, aslkan yg Pegang barang sperti sudu , pisau dan apa² saja. Ianya akan hilng selepas saya melepaskn apa sahaja brng yg sy pegang. Sblm ni ianya trjd semasa sy mngdung dan msa itu sy On Diet ( Diabetis)
Akan tetapi, ianya sudah hilng bila sy b’salin dan sy bukanlah seorg yg kuat mkn manis. Ianya agak mgagagu kerana sy hari² bkerja mngunakan Computer. Apa yg sy perlu sy lakukn ? Perluke sy pergi Hospital ?
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala kebas tangan yang anda alami boleh disebabkan:
- Diabetes
- Carpal Tunnel Syndrome - apabila saraf tangan dihimpit struktur sekitar pergelangan tangan
- Aliran darah yang tidak mencukupi
- Trauma - pada siku atau pergelangan tangan
- Masalah neurologi seperti Multiple Sclerosis, Sindrom Guillain-Barre
- Gejala awal strok
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan segera bagi memastikan diagnosis yang tepat dan awal dapat diberikan. Anda juga boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.