tashanisman
4 tahun
Kebas dan lenguh tangan tanpa henti selepas 5 hari vaksin dos 1
Saya wanita berusia 26 tahun. Saya baru mengambil dos 1 vaksin pfizer pada 5/8 haritu, namun tiada effect sangat. Demam pun malam dan sekejap saja. Setelah ambil panadol, okay saja. Hari kedua dan ketiga mula rasa sakit tempat cucuk dan tangan. Kemudian tidak rasa apa pada hari berikutnya cuma kebas sikit2. Sampai lah semalam dan harini 10/8 dan 11/8. Kebas dan lenguh tangan semakin terasa, sampai tak boleh tidur sebab lenguh tu sakit dan kebas saja. Terasa sampai ke bahu dan bahu belakang. Sedikit sebanyak effect tangan sebelah juga. Normal kah? Lengan pun kekadang sejuk. Ada juga terasa menucuk di bahagian suntikan. Bila dipegang, tidak sakit. Cuma lenguh dan kebas tu rasa sakit. Tapi ni dah nak masuk seminggu, risau juga. Mohon penjelasan doktor. Terima kasih.
4 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas soalan yang diajukan. Kami ingin mengucapkan tahniah atas vaksinasi anda.
Mengikut penerangan anda, simptom-simptom yang dialami oleh anda adalah konsisten dengan kesan sampingan vaksin Pfizer. Vaksin tersebut akan mengambil masa beberapa minggu untuk memberi imuniti terhadap penyakit covid. Oleh itu, ia boleh menyebabkan gejala yang anda alami.
Anda juga boleh mendapatkan konsultasi secara atas talian bersama kami untuk mendapatkan maklumat yang lanjut mengenai masalah anda.
Kami berharap jawapan kami dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor

Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini
























