Anonymous
6 tahun
Kebas di bahagian alat sulit
saya lelaki dlm 20an…selepas onani…bahagian zakar terasa kebas…adakah normal…
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, sensasi kebas pada zakar selepas onani boleh disebabkan:
- Terlebih ransangan pada saraf zakar
- Kekurangan aliran darah selepas ejakulasi
- Gejala awal “mati pucuk”
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doktor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.

































