
Sulit
5 tahun
Kebas di jari manis kaki kanan
Saya wanita 36tahun. Sejak lebih kurang pertengahan tahun lepas, saya mula rasa seperti ada sesuatu di celah jari kaki kanan saya. Apabila saya buka kasut dan stokin, didapati tiada apa-apa di kawasan itu.
Semasa usia kehamilan saya makin bertambah, saya mendapati apa yg saya rasa selama ini adalah kekebasan. Saya melahirkan anak kedua saya Januari 2020. Hari demi hari, rasa kebas itu semakin kuat. Dan kadang-kadang saya rasa sakit seperti dicucuk jarum di jari itu. Apa yang boleh saya gambarkan, rasa kekebasan itu seolah-olah ada kematu di jari tersebut. Deria rasa saya pada jari itu makin berkurang dan kini jari tengah pula seperti akan mengalami gejala yang sama (semakin kebas).
Saya tidak ke klinik kerana risaukan pendedahan kepada COVID-19.
Mohon pencerahan daripada pihak DoctorOnCall berkenaan masalah yang saya hadapi ini.
Saya dahulukan dengan ucapan terima kasih.
Info tambahan :
Saya negatif gdm utk kedua-dua kehamilan.
Saya kurang minum/makan manis.
Ayah ada sejarah kencing manis.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
Tarsal Tunnel Syndrome
Penyakit Arteri Periferal
Tekanan Pada Saraf
Fibromyalgia
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.