
Sulit
4 tahun
Kebas di kedua-dua belah kaki dan bahagian kanan badan
Hi Doktor…Sekarang saya mengalami masalah kebas di kedua2 belah kaki terutamanya di bahagian jari. Ia bermula dengan sakit tumit dan sakit di bahagian betis , peha dan pinggul. Sekarang ia disertai dengan masalah kebas yang berlanjutan sudah melebihi sebulan.Saya kerap menyapu krim panas, tuam dan memakai stokin untuk mengelakkan kaki sejuk. Saya telah berjumpa doktor di klinik dan doctor bekalkan vitamin utk saraf dan ubat untuk rehatkan otot tetapi masalah tidak surut masih sama.Saya tidak boleh berdiri lama dan rasa tidak selesa. Pada pendapat doktor, apa masalah yang saya hadapi dan dan perlu atau tidak saya refer kepada pakar?

5 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Kami faham kebimbangan anda terhadap masalah yang anda hadapi. Untuk maklumat anda, masalah ini boleh disebabkan oleh:
- Diabetes
- Aliran darah yang tidak mencukupi
- Trauma
- Masalah pada saraf (keradangan dan sebagainya)
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan fizikal adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.