Sulit
3 tahun
Kebas jari kelingking siku dan bahu
Sya lelaki berumur 38 tahun kebas d jari kelingking.siku dah bahu sakit.bahu seperti lenguh.siku bila tersadung sesuatu akan rasa ngilu
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman anda, masalah kebas boleh berlaku disebabkan oleh pelbagai perkara contohnya tekanan, kecederaan atau irritasi pada saraf di bahagian tangan.
Antara punca berlakunya tangan kebas ialah seperti:
- Kekurangan Vitamin B12 dalam badan
- Kencing manis
- Sebarang kecederaan pada tulang belakang
- Kecederaan pada ‘brachial plexus’ ( ‘Brachial plexus’ merupakan cawangan saraf pada bahu, lengan serta tangan kita)
- Carpal tunnel syndrome’. Ini merupakan sebuah masalah umum yang menimpa orang yang kerap menggunakan tangan serta jari mereka tanpa sebarang rehat menybabkan saraf tangan dihimpit struktur sekitar pergelangan tangan
- Aliran darah yang tidak mencukupi
- Trauma - pada siku atau pergelangan tangan
- Masalah neurologi seperti Multiple Sclerosis, Sindrom Guillain-Barre
- Gejala awal strok
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan segera bagi memastikan diagnosis yang tepat dan awal dapat diberikan. Anda juga boleh klik pada link (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.