Sulit
3 tahun
Kebas jari sebelah kanan
kebas tangan. siang hari sikit je. tdo malam kebas semua jari sebelah kanan
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala kebas tangan yang anda hadapi boleh disebabkan beberapa perkara seperti:
- Sindrom Carpal Tunnel - faktor risiko seperti pekerjaan yang banyak menggunakan tangan, obesiti dan kencing manis
- Tekanan pada saraf ketika tidur - akibat posisi badan tidak kondusif
- Kecederaan sebelum ini pada pergelangan tangan
- Kurang kalsium atau potassium dalam diet - seperti kurang makan sayur-sayuran dan protein
- Aliran darah yang tidak mencukupi
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.