Sulit
3 tahun
Kebas kaki kanan (sahaja)
Bertanya bagi pihak ibu. Berumur 58thn dgn sejarah darah tinggi dan sakit jantung (telah dipasang stent).Beliau mengalami kebas pada kaki kanan apabila berdiri lama hampir seminggu. Mendapatkan rawatan awal di klinik kesihatan dan diberi pil kalsium dos 230mg/day untuk 1 minggu. Namun kaki masih kebas. Saya ingin tahu, apa kebarangkalian jenis sakit untuk simptom kebas kaki ini?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang kebas kaki.
Untuk makluman anda, kebas kaki boleh disebabkan banyak perkara daripada yang kurang serius kepada yang sangat serius. Namun setiap penyakit yang menyebabkan kebas kaki perlu di diagnos dengan lebih terperinci di klinik melalui persoalan lanjut dan pemeriksaan fizikal. Berikut merupakan antara sebabnya:
- Duduk yang lama boleh menyebabkan saraf terperangkap dan aliran darah kurang ke kaki, sekaligus menyebabkan kebas.
- Peripheral Artery Disease : terdapat plak yang tersumbat di dalam saluran darah di kaki menyebabkan saluran darah tidak lancar
- Diabetic Neuropathy : kerosakan saraf disebabkan oleh penyakit kencing manis
- Masalah saraf tulang belakang
Sekiranya ibu anda mengalami gejala lain seperti di bawah, sila berjumpa dengan doktor segera:
- Kebas yang berpanjangan
- Loya dan muntah
- Sakit kaki
- Hilang/gugur bulu di bahagian kaki
- Kekejangan
- Badan tidak boleh seimbang
- Penat dan lesu
Pakar neurologi boleh membantu anda untuk melegakan masalah kebas.
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di (DoctorOnCall) secara peribadi. Terima kasih.