
Sulit
4 tahun
Kebas kepala,sakit telinga dan sukar bernafas
Saya miraa umur 19 tahun, daripada sungai petani, Kedah. Saya sering berasa kebas di belakang kepala bahagian kanan dan sering sakit telinga bahagian dalam di kiri dan kanan seperti tahap kronik. Ketika tidur, saya sukar untuk bernafas, saya terasa seperti lemas. Apa puncanya doktor??

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Menurut masalah yang anda perihalkan, masalah sukar bernafas ketika tidur dan insomnia boleh disebabkan oleh dua perkara yang berbeza, iaitu Orthopnea (sesak nafas jika baring) ataupun Paroxysmal Nocturnal Dypsnea (sesak nafas ketika tengah tidur).
Untuk makluman anda, masalah Orthopnea ini boleh disebabkan oleh beberapa perkara:
- Jangkitan kuman pada paru-paru ( Pneumonia )
- Paru-paru berair ( Pulmonary edema ) yang boleh disebabkan oleh jangkitan kuman
- Pleural Effusion iaitu pengumpulan cecair sekeliling paru-paru. Ini boleh disebabkan oleh jangkitan kuman atau masalah salur darah paru-paru tersekat ( Pulmonary embolism )
- Pulmonary embolism
- Pengumpulan cecair di dalam abdomen ( Ascites ) yang boleh disebabkan oleh masalah jantung atau hati.
- Masalah pengsarafan pada diafragma, iaitu salah satu otot pernafasan.
Manakala bagi Paroxysmal Nocturnal Dypsnea (PND) pula, ia boleh disebabkan oleh:
- Asthma
- Penyakit kronik penyekatan pernafasan (COPD)
- Cecair hidung yang terjatuh ke kerongkong ( Postnasal Drip )
- Paru-paru berair
- Penyakit ketidakbolehan bernafas ketika tidur ( Sleep apnea )
- Pulmonary embolism : penyakit salur darah paru-paru tersumbat.
- Penyakit kekangan paru-paru ( Restrictive lung disease ) seperti Emphysema .
Dapatkan rehat yang anda perlukan dengan tidur yang berkualiti.
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Hidung tersumbat dan sukar bernafas? Dapatkan kelegaan segera.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tambahan, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.