
Anonymous
5 tahun
Kebas tangan kiri dan dada yg seperti ada yg menekan
Saya berumur 48.thn,mengalami masalah kebas di tangan kiri,dada tersa seperti ada yg menekan sakit di bahagia belikat.saya telah berjumpa doktor dan di beri ubat cair darah,sbb doktor ckp enzim darah berisiko untuk sakit jantung,boleh doktor terang kpd saya dgn lebih jelas penyakit saya,

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Oleh sebab anda sudah menerima ubat cair darah dari doktor anda, diagnosis yang anda terima daripada doktor tersebut adalah berkaitan sakit jantung ataupun “Ischaemic Heart Disease”. Penyakit ini terjadi apabila saluran darah yang membekalkan darah kepada jantung (arteri koronari) anda semakin tersumbat. Hal ini boleh berlaku kerana faktor seperti merokok, makanan bergula, berlemak dan berkarbohidrat tinggi, kurang senaman serta kencing manis.
Apabila saluran darah koronari tersebut tersumbat, maka kurang oksigen yang sampai ke jantung anda dan seterusnya menyebabkan gejala yang anda alami. Bagi mencegah kondisi ini daripada menjadi serius, selain ubat-ubatan yang diambil dari doktor anda, anda juga perlu amalkan gaya hidup sihat. Sekiranya anda mengalami sakit dada lagi, pastikan unutk menghubungi ambulan atau doktor anda kerana perkara yang lebih serius seperti serangan jantung berkemungkinan terjadi. Sekian.